NO.1, JALAN 8/9 (BIRCH), BANDAR TASIK PUTERI,48020 RAWANG, SELANGOR.

Friday, March 25, 2011

HARI KHAMIS

Hari Merah Kuning ialah pada tiap-tiap hari Khamis sempena menghormati bendera negeri Selangor. Takkkk....ini ialah uniform sukan tadika ini.

Dari depan ke belakang, Niswah, Lai Teng, Haris, Lai Mun dan Fatma. Mari kita bergayut....


Si kembar Nina dan Nani. Wahhhh! seronoknya bergayut....dalam suka-suka masih ada malu-malu. Yang di depan tu Nani dan yang terselit tu Nina. Nampak tak tag nama pada Nina dan Nani? Bukan apa takut cikgu keliru......tapi sebab tengok mereka hari-hari dah boleh bezakan, yang mana satu Nina dan yang mana satu Nani. Kalau tengok dari depan Nani ada tahi lalat di atas bibir. Kalau tengok dari belakang pula Nani lebih tinggi dari Nina...kedua-duanya kalau tersenyum memang manis macam gula-gula. Mereka berdua ni pandai betul bermain hula-hoop, sambil berjalan, sambil melutut hula-hoopnya tetap berpusing...kat lutut pun boleh..
Masa kita sekolah-sekolah dulu pun pandai jugak main hula-hoop tapi sekarang pinggang dah kerasla..

Wah! Shaffiq anak Cikgu Mel memang suka berkawan dan kelakar orangnya. Setiap pagi dialah orang pertama yang ucap ' Good Morning Teacher Layli' walaupun cikgunya tak sampai pagar sekolah pun lagi. ' Good Morning Shaffiq'. Sebelahnya ialah Jay-Jay ( berasal dari Sabah...ehh...ehh..kenapa tak pakai baju sukan ni?) dan yang di belakang tu ialah Terry ( orang Sabah jugak bah..). Tengok Terry tu......dah basah baju berpeluh......Bila exercise keluar peluh barula badan kita sihat....

Makan time!!! Hari ni semua hadir ke kelas. Takla ramai....... sembilan orang sahaja.
Kalau nak tengok semuanya duduk diam-diam, masa makan ni lah....cikgupun boleh join makan sekali...sebab cikgupun lapar jugak....Nampak tak? kerusi cikgu besar sikit...sebab cikgunya besar sikit dan berat sikit dari murid-muridnya....hehehe...

Walaupun tak ramai, cikgu dibantu oleh Bibik Rokmi untuk menjaga mereka ketika bermain supaya dapat tumpukan perhatian bila mengajar salah seorang dari mereka ' one to one '. Kalau tidak susahlah nak tumpukan perhatian bila mengajar salah seorang dari mereka.....bukan apa kena jaga keselamatan. Taula...kalau budak-budak bermain...

Yang si comel Kamellya tu mesti nak duduk sebelah cikgu jugak-jugak....dah namanya pun budak, cikgu ikutkan saja....Apa yang penting.....Kerjasamaa.....

No comments:

Post a Comment